Main image Main image

18 September 2011

Rancangan Insan Seni - Sesi Penggambaran I

Rancangan Insan Seni

Program "Rancangan Insan Seni" anjuran Radio Television Brunei akan mengetengahkan beberapa personaliti tempatan yang bergiat aktif dalam bidang seni tanahair dan juga pernah mewakili Negara. Alhamdulillah, Guru Utama PSPS Gerak 41, Yang Mulia Tuan Haji Ibrahim bin Haji Mohd Yusof telah diberi penghormatan untuk turut-sama menyalurkan sumbangan kepada program ini dari sudut Seni Beladiri Bangsa Melayu iaitu Pencak Silat.

Rancangan Insan Seni ini adalah rancangan berdurasi 30 minit dan akan disiarkan di RTB1 dan RTB International nanti. Sesi penggambaran aktiviti-aktiviti PSPS Gerak 41 akan dilaksanakan pada 16 September 2011, 30 September 2011 dan 02 Oktober 2011 manakala sesi temuramah bersama Guru Utama PSPS G41 dengan penyampai rancangan akan diadakan pada 23 September 2011 ini nanti.

Sesi Penggambaran I

Tarikh: 16 September 2011
Hari: Jumaat
Jam: 7.00 malam
Tempat: Gelanggang Tawakkal, Kg Mata-Mata Gadong

Photobucket






Sesi penggambaran II insyaAllah akan diadakan pada 30 September 2011 manakala sesi temuramah akan diadakan pada 23 September 2011. Semoga maju jaya Gerak 41!

Wassalam.

0 comments:

RSS Feed