Main image Main image

08 May 2011

PSPS Gerak 41 turun padang... Walkathon Amal.


WALKATHON AMAL / FAMILY CHARITY WALK

Tarikh: 1 Mei 2011
Hari: Ahad
Jam: 7.30 pagi
Tempat: Kawasan Lapang, Bangunan Lapau, Bandar Seri Begawan.

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang telah berjaya dikelolakan oleh Seinenmaru Event Management Services dan Kumpulan Bertindak Bantuan Kemanusiaan Katakijau. Ianya merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan di sepanjang Karnival Belia Brunei Prihatin di mana tujuan utamanya ialah untuk mengutip dana tabong mangsa banjir Australia, Gempa Bumi New Zealand dan Gempa Bumi & Tsunami Jepun.

Beberapa persatuan belia, perguruan, petubuhan dan sebagainya telah dijemput oleh pihak penganjur untuk menyokong program amal tersebut dan tidak terkecuali, PSPS Gerak 41 yang juga turun padang bagi sama-sama memberikan sokongan dan memeriahkan lagi program amal tersebut.

Sebelum memulakan walkathon, peserta-peserta dari ahli persatuan belia, perguruan, petubuhan dan sebagainya mengikuti sesi memanaskan badan / 'warming up' yang dikendalikan oleh wakil dari Persatuan Tai Chi.

Seterusnya para peserta memulakan walkathon, dipimpin oleh Tetamu Kehormat. Saksilah beberapa imbasan para peserta walkathon dan aksi ahli kerabat G41 yang mengikuti walkathon pada pagi tersebut:

Perjalanan memakan masa lebih kurang 30 minit, sejauh 3 km, mengelilingi kawasan Bandar Seri Begawan. Walkathon bermula dan berakhir di tempat yang sama, kawasan lapang bangunan Lapau, Bandar Seri Begawan.

Selesai walkathon, pihak penganjur merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada para peserta, wakil persatuan belia / perguruan / pertubuhan dan sebagainya atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan. Acara pada pagi tersebut dimanisi dengan sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat.

Mewakili pihak PSPS Gerak 41, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih di atas kerjsama, sokongan dan kesudian wakil perguruan yang turun padang pada hari tersebut. Tidak lupa juga kepada wakil perguruan yang telah menjalankan Kad Kutipan Derma. Semoga jasa baik biskita diberkati dan mendapat balasan yang setimpal dari Allah Subhanahu Wata'ala. Amin.

Barisan tertinggi AME yang turun padang, Cg Md Azmi bin Hj Md Yakup (2 dari kiri) - NYDP, Cg Rusli bin Bujang (tengah) - YDP dan Cg Rozaiman bin Makmun (2 dari kanan) - TYDP.

Segak dan Bergaya... :-)

Sebelum balik menuju ke kerita, Awg Himahazman Barahim dan Awg M.N. Nazri Salleh

Awg Himahazman dan Awg Nazirul Adib Hj Anuar dengan posing ala-ala artis 60-an.. (seperti mana yang di'claim' oleh Awg Nazirul Adib sendiri) hehe :-)

Sekian saja untuk tatapan bersama pada kali ini. Semoga ada kebaikan bersama.
Maju terus G41!!!

Wassalam

Setiausaha Agung 11/14

0 comments:

RSS Feed