Main image Main image

20 April 2011

Mesyuarat Agung Ke 7 PSPS Gerak 41

Hari: Khamis
Tarikh: 14 April 2011
Jam: 7.30 malam
Tempat: Rumah Mejar Rusli Bujang (YDP G41)

Di atas persetujuan Ahli Majlis Eksekutif (AME) sesi 07/10, pada tahun ini, Mesyuarat Agung ke 7 diadakan dengan serba sederhana (tidak formal) sahaja.


Di antara agenda Mesyuarat Agung PSPS Gerak 41 ke 7 pada tahun ini adalah seperti berikut:

1. Bacaan Surah Al-Fatihah.

2. Ucapan Pengerusi.
  • Ucapan alu-aluan daripada Yang Di-Pertua G41, Mejar Rusli Bujang.
3. Laporan Setiausaha Agung.
  • Laporan ringkas mengenai kegiatan-kegiatan yang pernah diungkayahkan di sepanjang 2007 hingga 2010 diteruskan dengan perbincangan dan pengesahan dari ahli-ahli Mesyuarat yang hadir.
4. Laporan Bendahari.
  • Laporan status kewangan PSPS Gerak 41 dari Cg. Jasmin Hj Mohamad dari tahun 2007 hingga sekarang.
5. Melantik Pengerusi dan Jurutulis sementara.
  • Pengerusi sementara: Mejar Rusli Bujang,
  • Jurutulis sementara: Md Nurfairuz Nazri Salleh.
6. Pembubaran Ahli Majlis Eksekutif (AME) sesi 2007/2010 serta Lantikan Ahli Majlis Eksekutif (AME) sesi 2011/2014.
  • Dengan rasminya AME 07/10 telah dibubarkan dan dengan persetujuan pengerusi serta ahli mesyuarat, AME bagi sesi 2011/2014 telah dilantik dengan rasminya.
  • (senarai AME 11/14 terkini akan dimaklumkan nanti)
7. Membincangkan Projeksi PSPS Gerak 41 bagi tahun 2011

8. Hal-Hal berbangkit.

9. Ucapan Penangguhan Mesyuarat Agung.

10. Bacaan Surah Al-Asr

Beberapa imbasan semasa mesyuarat diadakan sambil 'santai-santai' menikmati jamuan:

Semoga ada kebaikan bersama dan Maju Terus G41!

Laporan disediakan oleh:
Setiausaha Agung 11/14

0 comments:

RSS Feed