23 July 2009

Champa

Done by : BaDai

21 July 2009

Gerak Tempur Elit ( SBDG41 )

Sesi penyusunan buah dan gerak khusus untuk projek SBDG41..Berikut adalah aksi dan beberapa serangan dan belaan..sebahagian serangan counter attack dihadang dengan serang bela yang mengakibatkan Fatal Damage...
SESI PERTAMA
GELANGGANG UTAMA








SESI KEDUA
GELANGGANG KELAB SILAT VARSITI, UBD















19 July 2009

Isra' Mi'raj



Trial Version [Gerak 41 kekal membara sehangat api]

Logo berlangkah 3
..[ Done by : BaDai ]..

15 July 2009

Daulat KeBawah Duli Tuan Patik

Daulat KeBawah Duli Tuan Patik.
Semoga kekal qarar memerintah Negara Brunei yang tercinta. Semoga Kekal afiat melindungi rakyat dengan adil dan laila bijaksana. Semoga sentiasa dibawah naungan dan keredhaan Illahi. Dan semoga Negara Brunei Darussalam menjadi negara 'Baldatun Toyibbatun WaRabbun Ghaffur' dibawah pemerintahan KeBawah Duli Tuan Patik.

Ikhlas daripada
Seluruh Kerabat
Perguruan Seni Pencak Silat Gerak 41
Negara Brunei Darussalam

14 July 2009

MAKLUMAN SEMASA

Untuk makluman bersama untuk semua Ahli Kerabat G41, disertakan "STATUS" beberapa Aktiviti / Program Perguruan yang telah dirancang samaada pada masa yang terdekat ini, atau di masa akan datang:

(Sila klik gambar di atas untuk 'view' lebih mantap)
-Amaran: Gambar tak clear? Bukan mata biskita yang ada masalah,cuma gambar yang ada masalah hehe

Segala perkembangan (update) akan sentiasa dimaklumkan dari masa ke semasa. Insya-Allah. Bersama-sama katani mendoakan semoga wabak Pandemic Influenze A H1N1 dapat distabilkan dan segala aktiviti-aktiviti katani dapat dijalankan dengan jayanya seperti yang dirancang.

Sekian untuk makluman bersama.

"Bersama Menuju Ke Arah Kegemilangan G41"

SUA, 07/2009

05 July 2009

AKTVT @ Gelanggang Tawakal

Petang tadi beberapa orang pesilat kitani telah bergotong royong membersihkan dan membisaikan gelanggang Tawakal, Kg Mata-mata. Hasrat ini adalah untuk keselesaan dan boleh memuatkan lagi para pesilat untuk belatih dan menimba ilmu. Guru Utama sendiri telah turun tangan bersama parang beliau menabas kawasan yang ingin dibuka.
Pose istemewa daripada G-Duka bersama 'pedang salji' beliau yang ditempah khas

Dengan adanya usaha ini, pelbagai latihan akan dapat dibuat. Berbagai bentuk parang telah keluar... Disinilah juga kita mempraktikkan cara pengunaan senjata tajam, bukan hanya dalam bentuk silat bahkan dalam perkara lain. Menatak, Menabang, menghiris dan sebagainya. Belatih cara hayunan tangan yang betul..latihtubi 5x tangan kanan, 5x tangan kiri..dan seterusnya..kekuatan tangan akan dapat dirasa.
Parang sama dihayun, keringat sama dirasa..satu rasa bersama.

01 July 2009

MAKLUMAN

Dimaklumkan kepada semua Kerabat G41 dan yang telah mendaftar untuk projek/majlis Misi ke Daerah Temburong, dengan ini ditangguhkan buat seketika atas sebab yang tidak dapat dielakkan. MPK Piasau-piasau (selaku wakil urusetia) telah terlibat dalam acara yang diaturkan oleh Jabatan Daerah Temburong. Tarikh dan hari akan dimaklumkan kemudian.
Pihak pentadbiran dan pengurusan PSPS Gerak 41 memohon maaf atas perkara ini.
Sebarang pertanyaan sila rujuk kepada nama yang tertera di atas.
Sebarang kesulitan yang abiskita hadapi adalah amat dikesali.
Pengerusi
Majlis Kembara Gelanggang