Main image Main image

26 September 2011

18 September 2011

Rancangan Insan Seni - Sesi Penggambaran I

Rancangan Insan Seni

Program "Rancangan Insan Seni" anjuran Radio Television Brunei akan mengetengahkan beberapa personaliti tempatan yang bergiat aktif dalam bidang seni tanahair dan juga pernah mewakili Negara. Alhamdulillah, Guru Utama PSPS Gerak 41, Yang Mulia Tuan Haji Ibrahim bin Haji Mohd Yusof telah diberi penghormatan untuk turut-sama menyalurkan sumbangan kepada program ini dari sudut Seni Beladiri Bangsa Melayu iaitu Pencak Silat.

Rancangan Insan Seni ini adalah rancangan berdurasi 30 minit dan akan disiarkan di RTB1 dan RTB International nanti. Sesi penggambaran aktiviti-aktiviti PSPS Gerak 41 akan dilaksanakan pada 16 September 2011, 30 September 2011 dan 02 Oktober 2011 manakala sesi temuramah bersama Guru Utama PSPS G41 dengan penyampai rancangan akan diadakan pada 23 September 2011 ini nanti.

Sesi Penggambaran I

Tarikh: 16 September 2011
Hari: Jumaat
Jam: 7.00 malam
Tempat: Gelanggang Tawakkal, Kg Mata-Mata Gadong

Photobucket






Sesi penggambaran II insyaAllah akan diadakan pada 30 September 2011 manakala sesi temuramah akan diadakan pada 23 September 2011. Semoga maju jaya Gerak 41!

Wassalam.

02 September 2011

SELAMAT MENYAMBUT
HARI RAYA AIDILFITRI
&
MAAF ZAHIR DAN BATIN



30 July 2011

Belaan Ancaman



Sesi kongsisama dan latihan bersama Guru Utama G41, Tuan Hj Ibrahim bin Haji Md Yusof, dimana beliau menunjukkan beberapa cara dan taktik bagi membela daripada serangan ancaman berupa tangan kosong, senjata tajam seperti pisau dan senjata tumpul seperti tongkat.

A sharing session and training with Guru Utama G41, Tuan Hj Ibrahim Bin Haji Md Yusof, where here are a few defensive techniques of empty hand combat and against attacks with sharp and blunt weapons.

27 July 2011

SESI KONGSI SAMA KELAB SILAT PTEK DAN MAKTAB SAINS

MENGENAL SILAT BELADIRI MELAYU

Rabu, 26hb. Julai 2011, Kelab Silat Maktab Sains telah sama-sama memeriahkan lagi sesi latihan silat sebagai beladiri Melayu bersama Kelab Silat PTEK (Glg Cahaya Kilat G41 PTEK).





Sesi latihan pada hari tersebut dimulakan dengan cara-cara ' mengantak', 'gerak bunga silat kuntau' , 'latihan pelampas' dan 'buah pukulan dan jatuhan'.



Akhir kata, terima kasih kepada semua yang terlibat.



** Latihan di PTEK dihentikan sementara kerana Bulan Ramadhan dan Musim Peperiksaan.

04 July 2011

Majlis Bertahlil Jemputan Guru Utama


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman bersama, Yang Mulia, Tuan Haji Ibrahim (Guru Utama G41) sukacita menjemput semua ahli kerabat G41 ke Majlis Bertahlil di rumah beliau, pada:

Tarikh: 9 Julai 2011 (Sabtu)
Jam: 4.30 petang
Tempat: Rumah Guru Utama, Kg Mata-Mata
.

p/s: Pesanan Ka G, semua adalah dijemput, sila sebar-sebarkan kepada ahli-ahli lain.

Sekian, Wassalam.
Terima Kasih.

02 July 2011

MUZAKARAH SILAT

SHARING SESSION


Silat Cakak Asli Brunei

Recently, a muzakarah on Silat Cakak Asli Brunei with our YDP G41 was organized to know more about our mainstream 'beladiri'. Briefly, as an introduction, 'Silat Cakak' may be look as a soft 'dancelike' art of self defense but it is highly destructive for those mastering this silat. The bunga silat of Cakak Asli is very much different from any other silat especially when we focus at the repetitive movements of the hand positions. The slow smooth flow of proper repetitive movements of the entire body holds its own personal precious meanings of concepts and philosophies that give rise to combative (defensive and striking) techniques that should be understood and learned carefully.





In ‘Silat Cakak’ there are 6 basic ‘tempur’ skills called ‘rangkaian’. It comprised of 1.Tumbuk kanan 2. Tumbuk kiri 3.Balah 4. Simbur 5.Paras and 6.Radak. These 6 basic striking moves are always done in sequence, proper manner and with respect whenever ‘Silat Cakak’ sparring is to be practiced. In terms of ‘langkah’ , in ‘Silat Cakak’ the ‘langkah’ being practiced is not far different from other types of silat, to name a few: Commonly use ‘langkah’ in ‘Silat Cakak’ are ‘Langkah Tiga’ and ‘Pacah Ampat’.


Akhir kata, silat adalah seni beladiri Melayu yang mempunyai keunikannya tersendiri dan mempunyai penuh adat dan adab yang perlu dipelihara dan diwarisi.


Wassalam.

25 May 2011

SERANG BELA PRACTICES - KNIFE/GOLOK ATTACKS

A S S A L A M

S H A R I N G S E S S I O N



video

Concepts, techniques and drills are several important factors need to be understood. The applications of which concepts/techniques to be carried out when being attacked depends on the situation for examples, body size of the attacker, hand to hand or with weapons combat and others.

The clips (latihan 'serang bela bersenjata') shown above were taken some time ago mainly for the purpose of teaching and learning of golok/knife attacks (home video) in Glg Cahaya Kilat Kg Penanjong. From the clips, we can see that ‘pantas tewas’ is very important especially in such situations (attacker/s with weapon) because we never know the exact sudden moves of our attacker so, expect the unexpected.

** Senjata penyerang seperti bermata kerana sentiasa menuju ke arah mangsa dengan niat untuk mencederakan atau mematikan.......jadinya, sentiasa awas apabila berhadapan dengan penyerang yang bersenjata! Akhir kata, latihan serang bela G41 memang satu latihan yang perlu dipraktiskan sebagai satu kaedah proses pembelajaran dan pengajaran pencak silat sebagai beladiri.



ENJOY!

08 May 2011

PSPS Gerak 41 turun padang... Walkathon Amal.


WALKATHON AMAL / FAMILY CHARITY WALK

Tarikh: 1 Mei 2011
Hari: Ahad
Jam: 7.30 pagi
Tempat: Kawasan Lapang, Bangunan Lapau, Bandar Seri Begawan.

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang telah berjaya dikelolakan oleh Seinenmaru Event Management Services dan Kumpulan Bertindak Bantuan Kemanusiaan Katakijau. Ianya merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan di sepanjang Karnival Belia Brunei Prihatin di mana tujuan utamanya ialah untuk mengutip dana tabong mangsa banjir Australia, Gempa Bumi New Zealand dan Gempa Bumi & Tsunami Jepun.

Beberapa persatuan belia, perguruan, petubuhan dan sebagainya telah dijemput oleh pihak penganjur untuk menyokong program amal tersebut dan tidak terkecuali, PSPS Gerak 41 yang juga turun padang bagi sama-sama memberikan sokongan dan memeriahkan lagi program amal tersebut.

Sebelum memulakan walkathon, peserta-peserta dari ahli persatuan belia, perguruan, petubuhan dan sebagainya mengikuti sesi memanaskan badan / 'warming up' yang dikendalikan oleh wakil dari Persatuan Tai Chi.

Seterusnya para peserta memulakan walkathon, dipimpin oleh Tetamu Kehormat. Saksilah beberapa imbasan para peserta walkathon dan aksi ahli kerabat G41 yang mengikuti walkathon pada pagi tersebut:

Perjalanan memakan masa lebih kurang 30 minit, sejauh 3 km, mengelilingi kawasan Bandar Seri Begawan. Walkathon bermula dan berakhir di tempat yang sama, kawasan lapang bangunan Lapau, Bandar Seri Begawan.

Selesai walkathon, pihak penganjur merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada para peserta, wakil persatuan belia / perguruan / pertubuhan dan sebagainya atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan. Acara pada pagi tersebut dimanisi dengan sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat.

Mewakili pihak PSPS Gerak 41, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih di atas kerjsama, sokongan dan kesudian wakil perguruan yang turun padang pada hari tersebut. Tidak lupa juga kepada wakil perguruan yang telah menjalankan Kad Kutipan Derma. Semoga jasa baik biskita diberkati dan mendapat balasan yang setimpal dari Allah Subhanahu Wata'ala. Amin.

Barisan tertinggi AME yang turun padang, Cg Md Azmi bin Hj Md Yakup (2 dari kiri) - NYDP, Cg Rusli bin Bujang (tengah) - YDP dan Cg Rozaiman bin Makmun (2 dari kanan) - TYDP.

Segak dan Bergaya... :-)

Sebelum balik menuju ke kerita, Awg Himahazman Barahim dan Awg M.N. Nazri Salleh

Awg Himahazman dan Awg Nazirul Adib Hj Anuar dengan posing ala-ala artis 60-an.. (seperti mana yang di'claim' oleh Awg Nazirul Adib sendiri) hehe :-)

Sekian saja untuk tatapan bersama pada kali ini. Semoga ada kebaikan bersama.
Maju terus G41!!!

Wassalam

Setiausaha Agung 11/14

26 April 2011

Walkathon Amal Belia Brunei Prihatin

WALKATHON AMAL / FAMILY CHARITY WALK

Satu program anjuran Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Seinenmaru Event Management Services dan Kumpulan Bertindak Bantuan Kemanusiaan Katakijau.

Alhamdulillah, setelah mesyuarat dan taklimat ringkas diadakan di antara pihak pengajur dengan wakil-wakil dari persatuan / pertubuhan / perguruan pada hari Selasa, 19/04/2011 yang lepas, pihak PSPS Gerak 41 telah dijemput untuk mengikuti acara yang tersebut di atas.


Tarikh:

Ahad, 1 Mei 2011 bersamaan 27 Jamadilawal 1432H

Tempat:
Kawasan Bangunan Lapau, Bandar Seri Begawan

Aturcara:
6.45 pagi - Ahli Jawatankuasa Kerja hadir
7.00 pagi - Ahli-ahli persatuan / pertubuhan / perguruan hadir
8.00 pagi - Tetamu Kehormat, Setiausaha Tetap KKBS hadir
- Senamrobik - Tai Chi
** tertakluk kepada perubahan

Lokasi / Peta Laluan:
Sila 'klik di sini' untuk melihat Lokasi / Peta Laluan Walkathon (sejauh 3 km)

Sehubungan dengan itu, semua ahli kerabat PSPS Gerak 41 adalah dijemput dan dialu-alukan turut serta pada hari tersebut bagi meramai-ramaikan dan memeriahkan lagi majlis (Walkathon) itu nanti.
Pakaian:
Untuk menampakkan keseragaman ahli kerabat G41, pakaian katani tidak perlu memakai pakaian Silat Hitam / Merah G41 hehe cukup lah sekadar memakai Baju Polo-Shirt G41 Hitam Kuning (jika belurih) sepertimana yang dicadangkan oleh YM Tuan YDP. Jika inda belurih, apa-apa pakaian sukan pun inda papa tu.

Di samping itu, pihak penganjur juga menyediakan 10 Kad Kutipan Derma bagi setiap persatuan / pertubuhan / perguruan untuk mengutip dana tabong mangsa banjir Australia dan gempa bumi New Zealand dan tabong gempa bumi dan tsunami Jepun. Jika biskita ingin menyumbangkan derma seangkat-angkat hati, bolehlah berhubung terus dengan pemegang-pemegang Kad Kutipan Derma wakil PSPS Gerak 41 yang tersenarai:

1. Cikgu Rusli bin Bujang, No. Kad: 0041
2. Cikgu Jasmin bin Hj Mohamad, No. Kad: 0042
3. Cikgu Rozaiman bin Makmun, No. Kad: 0043
4. Cikgu Mohd Azmi bin Hj Mohd Yakup, No. Kad: 0044
5. Cikgu Rusdi bin Makmun, No. Kad: 0045
6. Awang Khairul Azmi bin Sawal, No. Kad: 0046
7. Awang Nazirul Adib bin Haji Anuar, No. Kad: 0047
8. Awang Ronie bin Labau, No. Kad: 0048
9. Awang Himahazman bin Barahim, No. Kad: 0049
10. Awang Md Nurfairuz Nazri bin Salleh, No. Kad: 0050

***Tarikh tutup dan pengembalian Kad Kutipan Derma adalah pada hari Ahad, 1 Mei 2011.


Setiausaha Agung 11/14


RSS Feed